12 May 2012

Selamat Hari Mama :)

Salam buat semua, dengan ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu dan semua yang bakal menjadi ibu secara sengaja atau pun tidak :) 
Bagi aku, hari-hari hari Ibu, tak perlulah hanya nak sambut pada hari ni je , tak perlulah hanya bawak mak korang pegi dinner kt tempat best-best pada hari ibu je. Bawak la setiap minggu ke apa, menunjukkan bahawa hari-hari dia sentiasa special untuk kita :) Tetapi bila mengenangkan orang yg takde mak tu, terasa sedih pulak. Bayangkan kalau kita berada ditempat mereka, apa kita akan rasa ? Ya Allah, tabahkan hatiku. Sedangkan nak tinggalkan sekejap pun dah terasa. Ini kan selama-lamanya ? Ya Allah, rasa tak sanggup dibuatnya. Tapi, lumrah kehidupan, setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang hidup pasti akan mati. Sudah ketentuan Allah buat semua benda yang hidup di muka Bumi Allah ini. Hidup didunia ini hanya sementara, yang kekal abadi hanya akhirat disana. :') 

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan setiasa dibawah jagaan-Nya. InsyaAllah :) 

Salam, 
Mira

No comments:

Post a Comment