07 May 2012

Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah ~

Assalamualaikum semua ~

Hati ni dari semalam berdebar-debar menanti keputusan kemasukan ke U ~
Hari ni , before pukul 12p.m lagi aku dah stand by depan laptop, bukan main tak sabar nak tunggu keputusan tu~
Semua tawaran aku pending, termasuklah Matrik and MIAT, UniKL.
Hati ni nak sangat masuk UTM, nak sangat course yg selama ni aku idam-idamkan, Mechanical Engineering.
But then, suratan takdir telah menentukan rezeki aku bukan dekat situ. Aku ditawarkan masuk Politeknik Sultan Ibrahim, dan course yg ditawarkan bukan seperti yg diharapkan, Pengurusan Pelancongan.
Well, memang macam-macam bermain dibenak fikiran aku. ''Nak ke taknak?" , ''Nak pilih yang mana ni eh?", "MIAT tu ok jugak, tapi teringin nak masuk Matrik" , and macam-macam lagi. Memang dilema tak habis-habis lagi sejak keputusan Matrik keluar sampailah keputusan UPU keluar.
Akhirnya setelah lama berfikir dan berfikir, Alhamdulillah, aku diberi petunjuk untuk menerima tawaran ke Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Kalau boleh, aku nak ambik module yg ada Biology. But its not easy as you think, lagipun aku takde any basic pasal Bio, since aku hanya ambik kimia and fizik je dulu. So, maybe pasal tu akan difikirkan sebentar lagi~
For those yg terpilih untuk sambung Diploma and Asasi, tahniah and goodluck :) Have a good new inspiration and new beginning of the year, hope ramai-ramai kita perform nanti :)

And, Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, here I COME ;)
28hb ni sesi mendaftarkan diri,  harap-harap semua berjalan dengan lancar , InsyaAllah.

Selamat kembali menuntut Ilmu buat semua batch 94's !

Lot of love,
Mira <3

No comments:

Post a Comment