03 May 2012

Berita Terkini !!!

Urghh, salam semua.
Korang dah tahu pasal berita ni ? Yg Bob Kuman tu baru je meninggal tadi petang ? Inalillah~ :(
Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan oleh Allah dalam kalangan orang yg baik dan beriman, Amin~

Setiap manusia, setiap benda hidup diatas muka Bumi Allah ini semua akan merasa mati. Semua orang tahu tu kan? tapi takde seorang pun yg akan tahu bilakah dia akan mati. Esok kah? Lusa kah? atau pun bila-bila masa saja kematian tu akan memanggil kita. Hanya dengan keimanan dan ketaqwaan mampu untuk menentukan bahagia atau sebaliknya di alam sana, Wallahua'lam.

Berdasarkan Surah Al-Mulk, ayat 2 :

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"


Terima kasih,
Mira <3

No comments:

Post a Comment