26 April 2012

Coretan Malam~

Jam di dinding menunjukan pukul 1 pagi, agak lewat disitu, tapi mata masih belum bersedia untuk dilelapkan tatkala teringat akan blogger. Apa-apa pun, Assalamualaikum pembuka bicara~

Apa yg di coretkan ini hanya untuk meluahkan apa-apa yang terlintas di dalam hati aku. 

Hurm~ hari ni tersangatlah penat. Ya Allah, memang sangat penat dengan majlis malam berinai cousin aku disebelah kakak kepada mak aku~ senang cerita cousin aku je. First day je memang tak dinafikan penat, maybe orang yang bakal melangsungkan majlis tu lagi penat kot. So, majlis ni bukan calang-calang majlis biasa, but penuh dengan adat-adat orang dahulu orang Pakistan. Ayah cousin aku ni orang Pakistan, so sedikit sebanyak dapat lah aku belajar tentang adat perkahwinan dyeorang. Well, agak menarik, dari pakaian, makanan, sampailah tarian pakistan aku tertarik. Memang aku malu at the moment bila aunty cousin aku ni ajak menari, but once dah start gelek, hahaha. Ya Allah, lena dibuai lagu aku dibuatnya. Tapi pada dasar niat aku, hanya untuk membakar lemak-lemak ni je xD hehehe~ 
Memang best, sampaikan aku tertidur time majlis tu dah habis. 

Now, dah pukul 1, 1 PAGI tau tak. Aku still tak cuci makeup aku lagi sebab gatal nak online. I have to wash it  as fast as I can. *sigh

Sincerely, 
Mira.

No comments:

Post a Comment