11 June 2011

Tiada guna mengharap kat orang yang tak sayangkan kita kan?

orang cakap, kalau kita terlalu mengharap kat orang tu.. kita sendiri akan melepas. Maksud aku, ibarat " yang dikendong tercicir, yang dikejar tak dapat" maksud aku macam tu lahh.. and aku rasa korang mesti penah merasai macam ni kan ? Hmm, begitu juga aku.


Aku jujur, aku memang sayang kan budak tu.
and aku tau, dia tak penah sayangkan aku macam mana aku sayangkan dia.
Aku mengharap sangat kat dia, sampai aku rasa macam nak naik gila.
Kadang-kadang aku selalu mimpikan dia, orang cakap.. Kalau kita mimpikan seseorang tu, maknanya dia juga sedang mimpikan kita.
Tapi aku tak yakin dia alami apa yang aku alami masa tu.
Aku pergi mana-mana, aku selalu ingatkan dia.
Sampai hari jadi dia pun, aku tetap ingat.
Tapi dia? :/
Aku tahu, dia bukan milik aku.
And aku bukan milik dia.
Dia layak untuk orang lain, tapi bukan aku.
Biarlahh.
Aku sentiasa akan tunggu dia andai jodoh aku dengan dia.
Wallahua'lam.

-done-

No comments:

Post a Comment