12 June 2011

Say Good and Bye :)

Assalamualaikum :)
Baiklah anak-anak sekalian .. *haha, masa bila pulak aku ada anak pun tak tau :P*
Memandangkan esok aku dah kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM and bakal budak cemerlang *cewaahhh* .. 
Aku ingin menyatakan disini, blog yang bertajuk " The Story Begins " akan ditutup buat sementara waktu. Sebarang pertanyaan atau sebarang komen atau pun sebarang kritikan bolehlah ditinggal kan di kotak cakap @ lebih untuk difahami, di Chatbox kat sebelah tu yea :)
Cik RNY akan kembali men"sunyi"kan blog ini.
Sekian, jangan nangis :P
Haha, sekian terimasss ;D

p/s : kaki dan jari jari ku mula dah naik bintik-bintik yang tak sepatutnya -.- Err, gatal kott -.-'

11 June 2011

Tiada guna mengharap kat orang yang tak sayangkan kita kan?

orang cakap, kalau kita terlalu mengharap kat orang tu.. kita sendiri akan melepas. Maksud aku, ibarat " yang dikendong tercicir, yang dikejar tak dapat" maksud aku macam tu lahh.. and aku rasa korang mesti penah merasai macam ni kan ? Hmm, begitu juga aku.


Aku jujur, aku memang sayang kan budak tu.
and aku tau, dia tak penah sayangkan aku macam mana aku sayangkan dia.
Aku mengharap sangat kat dia, sampai aku rasa macam nak naik gila.
Kadang-kadang aku selalu mimpikan dia, orang cakap.. Kalau kita mimpikan seseorang tu, maknanya dia juga sedang mimpikan kita.
Tapi aku tak yakin dia alami apa yang aku alami masa tu.
Aku pergi mana-mana, aku selalu ingatkan dia.
Sampai hari jadi dia pun, aku tetap ingat.
Tapi dia? :/
Aku tahu, dia bukan milik aku.
And aku bukan milik dia.
Dia layak untuk orang lain, tapi bukan aku.
Biarlahh.
Aku sentiasa akan tunggu dia andai jodoh aku dengan dia.
Wallahua'lam.

-done-

Sekolah dah nak buka, cepat betul kan?

Esok last cuti :/ errr... seronoknyaaa aku -.- haha
tapi budak-budak kat area utara sana, esok korang dah sekolah. Padan muka :P hehehe~
alaa, sama je actually.. area selatan sekolah hari jumaat, korang cuti kan. Alaa, relax aa :D
haha. And you know what, scrapbook ICT aku tak siap lagi. Hambek aku! sakan betul cuti sekolah ni, sampai scrapbook aku pun ntah apa aku tak buat lagi. And guess what, aku baru teringat semalam. Pftttt (Y) !
Memang cari nahas aku Isnin ni, mampos semampos-mams nya laaahhh ! Errrrr !
Mengamuk cikgu aku nanti, aku kena siap sediakan turbo berpowerkan 99 Volt .. *apa aki merepek -.-*
nak lari satu sekolah :D haha
confirm aa Isnin ni, meletup sekolah aku.

:/

Hurmm

Jerawat? Sebab apa eh ?







Jerawat? korang mesti sakit hati tahap maximum kan bila tiba-tiba setoik atau lebih untuk difahami, seketul atau pun sebiji jerawat muncul kat muka korang. Buat pedihnya lagi tiba-tiba naik kat tempat sensitip macam kat *mana-mana je yg korang rasa sensitip tu* . haha. Kan? Kalau aku, aku benci bila jerawat naik kat atas dahi. =.= Dahlaa banyak nye dia naik, kalau 2 ketul je aku boleh terima lagi, ni tak.. aku nak kira pun sampai esok tak habis-habis lagi. Mentang-mentang jerawat yang naik tu susah nak hilang, lagi lah bersemangat je aku nak serbu kedai Watsons @ Gurdian kat One Utama tu.. Haihhh -.-
Kalau korang, ape yang korang akan cari dulu nak musnahkan semua musuh-musuh korang ni? *aku bet takde sesiapa yang suka ada jerawat kannn?*
sebab aku try OXY, macam lagi banyaknya dia serang muka aku ni ada laa.
tak pakai apa-apa pun, still permanent kat situ. Omg, help meee :(
Tensionnyaa ;/
Sampaikan aku macam dah nak give up nak je biarkan muka aku ni bersarang dengan jerawat tu. haha ;D
evendo kawan aku cakap jerawat aku mana laa banyak sangat. Oh mak kau, memang yeaa laa tak banyak -.-
Ada orang cakap jerawat tu disebabkan ulat-ulat kecil yang agak transparent. Transparent gituu yee ? saje je nak transparent-transparent ni .. :/
Err, baik korang pegi berubat kat perubatan tradisional .. cari laa kat mana-mana kedai berubat tu.
Kat dalam hutan ke, lagi mujarab. Haha xP
cari and pegi laa berubat, mana laa nak tau dah bersarang dah ulat tu dalam muka korang. Kita tak tau kan apa yang tersembunyi kat dalam tu.
Yang pasti, dalam muka aku dah berjaya bawak keluar 20 ekor kottt ! eeeuuww -.-


03 June 2011

Kenapa budak SPM ramai yang cakap Add Maths tu susah?



Hye :)
Okay, malam ni sebut pasal Add Maths .. apa yang korang fikir?
Fine, memang susah kan? Aku bet tak ada sape pun yang akan cakap senang or maybe paling paling pun dyeorang akan cakap, "Bolehlaa, tak laa susah mana" :D haha. Agree? :D
So, actually.. aku nak membetulkan keadaan yang tak seberapa nak betul ni. Bak kata kakak aku, "Alaa, kalau kau dah tau macam mana nak buat and plus kau hafal formula apa yang nak digunakan, mesti senang kerja kau semua" . Okay, she was right. But I don't know why, tiap kali buat latihan everything okay, but sampai je time exam, otak aku tetiba jadi BLANK. Sia-sia betul buat latihan tu kalau exam tak boleh buat. Kan?
So, the conclusion is. Add Maths tu SENANG je. Okay, terima kasih :D

byee , <3 
nadd

02 June 2011

Nothing to write here.

As you know, dulu aku pernah buat satu entri tutorial macam mana nak buat header guna photoshop kan? Actually, tuto tu just for basic je.. and kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak and bermanja-manja dengan photoshop tu takpe la nak tengok tutorial yang sebegitu maju  tu :D
InsyaAllah, lepas SPM nanti.. aku akan buat tutorial yang maybe lebih maju sikit daripada ni. :P
Kalau boleh, aku nak belajar yang more advance supaya aku dapat laa buat tutorial banyak-banyak sikit :)
korang pun mesti tak bosan dengan blog aku lagi dah lepas tu :P hee~ (actually, memang BOSAN pun xD)

Kadang-kadang tu macam jealous jea bila tengok orang lain punya blog. Like 'wow' :O , cantik gila. Banyak betul masa dyeorang spend time just nak buat benda alah ni kan. Like, omg. Aku pun rasa macam kebas b****t je bila dipikirkan balik *sorry, tu bukan bahasa lucah :P*
Tapi, maybe dyeorang buat tu semua untuk memenuhi kepuasan diri kot? Who knows rite? :)
Kalau aku pun, aku akan buat benda yang sama walaupun terasa macam buang masa jugak kadang-kadang.
Uhmm, tahh.. no komen.;'D haha

By the way, aku baru balik dari Terengganu like 2 days ago. And i am so damn tired duduk dalam kereta ! Dah la jalan nak pegi sana berpusing-pusing macam roller coaster tu, pening kepala, pening perut, pening segala. Sampai je rumah, korang tau apa yang aku cari dulu? LONGKANG :)
haha, cari longkang sebab nak muntah. Err.. parah betul. Haha. Tu baru mabuk kereta, tak mabuk lori lagi. :D
and thisss is the picturess masa aku kat sana :)


Ni aku yang muka excited sangat nak naik cruise tu :D


Siblings :) 
notes: bak kata cousin aku, abang aku poyo. :D haha



And that pretty girl is tunang abang aku :)
in the other hand, bakal kakak ipar laa kan ;D

Tu jelaa, malas nak upload banyak-banyak. Nanti korang jealous :P hehehe~
K laa, away jap.
Byee~ Assalamualaikum :)

ikhlas,
Nadd

p/s : aku dalam mood tak sedar diri. haha :D