04 September 2010

Selamat Hari Raya


Kira-kira , dah tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya kan ? wahh , tak sabar nye aku :D .. mesti seronok gilaaa kan , boleh makan banyak-banyak.. lepas ni mesti baju raya aku dah tak muat dah sebab perut buncit ! HAHA :P
walaupape pun , walau semeriah mana pun raya kali ni .. kalau tak mintak maaf mesti raya ni rasa macam ada yang tak kena...so , semperna kedatangan hari raya yang akan datang ni .. aku nak mintak maaf.. walaupun tak dapat face to face mintak maaf .. cukup laa sekadar di sini sahaja.. 
maaf laah kalau perbuatan aku selama ni menyakitkan hati korang , memberi perasaan ketidak puasan hati.. or aku ada tersinggu perasaan korang... sepuluh jari aku memohon ampun dan maaf...maaf kan aku.. sesungguhnya terdapat banyak kelemahan pada diri ini..
insyaAllah , aku akan cuba untuk membaiki sikap aku ini selagi terdaya.. insyaAllah.. 


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

No comments:

Post a Comment