04 September 2010

Selamat Hari Raya


Kira-kira , dah tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya kan ? wahh , tak sabar nye aku :D .. mesti seronok gilaaa kan , boleh makan banyak-banyak.. lepas ni mesti baju raya aku dah tak muat dah sebab perut buncit ! HAHA :P
walaupape pun , walau semeriah mana pun raya kali ni .. kalau tak mintak maaf mesti raya ni rasa macam ada yang tak kena...so , semperna kedatangan hari raya yang akan datang ni .. aku nak mintak maaf.. walaupun tak dapat face to face mintak maaf .. cukup laa sekadar di sini sahaja.. 
maaf laah kalau perbuatan aku selama ni menyakitkan hati korang , memberi perasaan ketidak puasan hati.. or aku ada tersinggu perasaan korang... sepuluh jari aku memohon ampun dan maaf...maaf kan aku.. sesungguhnya terdapat banyak kelemahan pada diri ini..
insyaAllah , aku akan cuba untuk membaiki sikap aku ini selagi terdaya.. insyaAllah.. 


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

03 September 2010

Langkah Ku Kini Terbuka

Semalam ,
aku kehampaan,
aku kekecewaan mengenangkan nasib sebegini,
terasa seperti tercalar ketabahan ini....
mimpi yang aku harapkan selama ini menjadi kenyataan,
tapi tidak kesampaian..

Ya Allah...,
sungguh besar dugaan-Mu,
terasa seperti ingin menghentikan langkah perjalanan ini,
sehinggakan semangat ku tenggelam ntah ke mana,
lemah jiwa dan raga ini,
namun, di saat seperti ini ,
hati ku berbisik,
ini lah dugaan...

Langkahku kini telah pun terbuka,
pada setiap hikmah dugaan ini,
dan aku percaya , dugaan ini hanya menguji keimanan ku ,
tak akan di lontarkan oleh Nya dugaan,
di luar kekuatan setiap insan... setiap insan yang menjadi hamba-Nya..

Ya Allah…
Pimpinlah diriku ini,
untuk bangkit semula,
meneruskan langkah perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi ini menjadi nyata,
hanya pada-Mu ku meminta.

Aku mohon agung kudrat-Mu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.. Ya Allah..

.

02 September 2010

Aku redha dengan ketentuan-Mu Ya Rabbi ..

Ya Allah , adakah ini berupa dugaan daripada Mu ?
Kenapakah harus aku yang menerimanya ya Allah ?
Aku sedih , sedih mengenangkan nasib begini..
Ujian demi ujian , keluhan demi keluhan,
hidup terus berjalan dengan tertekan, 
tak pernah langsung aku merasakan kenikmatan di sebalik ujian ini..
tapi tak mengapa , aku tahu .. kau memberikan ujian ini kerana kau nak melihat,
sejauh mana keimananku terhadap engkau , Ya Allah ..
dan aku tahu , Allah tak kan memberi ujian yang berat sehinggakan hamba-Nya tidak mampu untuk memikul nya .. aku tahu semua tu ..
aku faham , rahmat Allah menanti aku di sebalik ujian ini ..
ujian ini lah membawa aku semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin sebaliknya juga..
aku tak kan penah putus asa dengan rahmat Allah .. 
terima kasih Ya Allah , terima kasih memberikan aku ujian ini ..
di sebabkan ujian ini , aku semakin dekat dengan Mu .. dan ujian ini juga lah tanda kasih sayang kau kepada aku ..
Alhamdulillah Ya Rabbi..
aku redha dengan ketentuan Mu ini ... 




p/s : kata2 ini di ambil sedikit drpd www.iloveislam.com  : 
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2883

01 September 2010

erti PERSAHABATAN :)

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

ikhlas kepada kawan-kawan ku :)

to HATERS : BACA KAT BAWAH NI !

Eh , korang tau tak ? korang ni dah melampau ahh . Korang memang tak puas hati dengan aku kan ? asal nak kutuk-kutuk belakang wehh ? ape kes main kutuk belakang ? macam budak-budak baru nak up jea perangai ehh ? come on ahh , aku tak penah nak sibuk-sibuk dengan hidup korang kan , asal yang korang nak sibuk-sibuk dengan hidup aku ? aku tak kacau korang and asal korang nak kacau aku ? hidup korang memang tak sempurna eh kalau tak menganggu kebahagian orang lain ? orang nak hidup pun tak senang . sudah-sudah laa , buat-buat bertaubat la weh . aku bahagia korang dengki , khianat . apa masalah korang ah ? aku bajet lawa ke , aku bajet pandai ke , aku REMPIT ke , ada aku kacau hidup korang ke ? tak kan ? so , apa lagi ? tak sedar-sedar lagi ke ? kalau benda ni kena kat korang balik baru nak sedar lahh kan ? please ah , bikin malu diri sendiri jea . bersikap matang laa sikit , budak-budak pun tak macam ni okay . so , jangan nak kutuk orang jea keje , pegi ambik cermin tu cermin laa sikit diri tu , kalau korang tak nak cermin diri sendiri bia aku yang ambik kan cermin and tolong cerminkan kat korang eh ? 
and aku mintak satu perkara dengan korang ni , PLEASE JANGAN GANGGU HIDUP AKU LAGI !
biar lah aku dengan hidup aku, korang dengan hidup korang . masing punya kebahgiaan masing-masing.. so , keep this in your mind . ingat lah , kita nak exam next year , belajar pandai-pandai tau supaya korang dapat belajar macam mana nak menghargai erti PERSAHABATAN ..and leave me alone , thank you very very much .

yeah , finally babeh !

Finally , i got A for my BM and BI .. Alhamdulillah Ya Allah .. :)
dah lama aku tunggu nak dapat A untuk BM and BI aku .. akhirnyaaaaaa !! heee~ ^^
anyways , balik sekolah tadi tak de lah penat mane . yeah , sebab tak belajar sangat ..
and time physic jea yang belajar , and i had no mood at that time because of my result. i failed for my physic.. -___-ahh , tak kisah laah .. ujian biasa jea kotttt =.= but ujian tetap ujian kan ? ntah laa , aku memang bukan otak physic .. so, no wonder laahh kan :P hehe ..tapi agak disappointed la jugak sebab ayah aku lecturer subject physic ni dan dia sangat expert about physic ni , tapi anak dia ? tak yah cakap laa kan , dah tau dah kan macam mana ? :D haha
well , budak pemalas memang macam ni . cikgu physic 24 hours depan mata , still tak dapat nak memanfaatkan xD chill , chill .. next year baru SPM , relax dulu laa kan ! haha . banyak laa kau punya relax eh mira ? kau ni nak jadi apa ni ? hehe
esok tak sabarnya aku nak dapat result untuk subject chemistry .. woah woah , Ya Allah .. apa lah yang aku dapat eh ? mintak-mintak better daripada yang dulu . Amin~ :)


Oh yeah , lupa nak cakap .. korang tau tak pasal apa ? yeah , that guy . that guy yang i always talked about tu .. hurm , aku dah rancang something nak bagi dia chill about that rumors yang gila-gila tu ..  i hate rumors -.- annoying tau tak ?! ada ke patut orang sume gossipkan aku dengan dia ? gilaa ke hape ? damn , gossip tak penah pupus kan ? kenapa kah ? eishh , bila la nak habis gossip2 ni ? and because of this rumors , he trying to avoid me ! damn you GOSSIP ! -__-


p/s : ahh , tak de mood nak tulis , chaw . bai -.-