26 July 2010

wahai cinta yang buta : episode 3

selamat petang dan salam sekalian manusia, makhluk Allah dan semua benda yg hidup. :)
hari ni hari yg agak memenatkan jugak lah. aku puasa today. tapi okay lagi lah sebab aku still boleh bertahan dan still ada makanan kat umah aku untuk berbuka jap lagi. yang penting aku tidak mati kebuluran :) haha. okay okay , today kat skolah sangat membosankan -.- aku megantuk dan sangat malas. hari yang sejuk dengan deruan angin pagi+angin hujan+angin kipas.. duhh , bikin aku mengantuk sangat-sangat . Kelas yg begitu bingit dan jugak bengitu bising membuatkan mengantuk aku tu beransur pulih, beransur hilang . keadaan semakin menyakitkan hati dan telinga aku. tak pe , hari-hari memang begitu . dah biasa dah . hmm ... cerita wahai cinta yang buta ni .. ape eh aku nak sambungkan ? ilham memang sukar di cari dan mudah untuk hilang begitu sahaja.. mengapa begitu jadinya.. mungkin aku dah terlalu kenyang menelan semut-semut yang mana sesat datangnya . mungkin aku tertelannya ketika aku nak telan air kott (Y) ntah, wallahualam :) semalam aku ada terbaca satu article tentang cinta . article ni berbunyi seperti : 


"cinta datang dengan sendirinya, so jangan cari cinta kerana cinta tak boleh di paksa"  


haha, aku rasa macam nak tergelak pun ada :D sebab aku terfikirkan sekiranya aku tak mencari cinta , macam mana cinta tu nak datang -.-' and aku tak akan pernah mejumpai cinta jika aku sendiri tidak mencarinya. memang benar kata-kata itu , cinta memang tak boleh di paksa . tapi kerana cinta jugalah kita binasa. am i right? aku tahu korang semua setuju dengan kata-kata aku ni . tapi kalau sesiapa yg tak setuju tu lantak korang lah macam aku kesah sangat kan ?? hehe ;P
aku masih lagi tak dapat nak mengungkapkan cinta aku kepada seseorang ni. ntah laa , masih gentar di hati berdebar di dada .. ntah , aku still lagi tak dapat mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit pelik aku ni. tapi sampai bila aku nak berahsia dan terus menyimpan perasaan ini ??? sampai bila ??? aku takut aku tak sempat untuk mengeluarkan segala isi hati aku kepadanya.. korang mesti pelik kan kenapa aku tiba-tiba cakap macam ni ? yeah . memang aku pelik selepas aku baca kata-kata ni:


"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran itu kamu terpaksa mencatatkan kata-kata cinta itu di pusaranya . Sebaliknya , ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya"


terasa di hati ini , aku memang terpaksa akur dengan semua ni .. aku tak nak benda ni terjadi kat aku . aku memang tak nak.. Ya Allah , bantulah aku... :'(
episode yang akan datang mugkin tak ada lagi, sebab bila di fikrkan balik , tiada apa-apa faedah langsung jika aku terus mengarangkan blog aku tentang cinta. sebab walau apapun kata-kata yang menyokong kepada cinta ,tetapi bagi aku CINTA TETAP BUTA


sekian , assalamualaikum :)


p/s : sorry guys sebab aku terpaksa menghentikan penceritaan aku tentang wahai cinta yang buta ini. aku tak sanggup lagi nak tulis pasal cinta yang buta, tak pasal-pasal aku yang buta nanti :P hehe

No comments:

Post a Comment