27 July 2010

ALL ABOUT FRIENDSHIP :)



Dalam dunia ini , hidup keseorangan bagai mawar yang berduri. dunia bagaikan gelap gelita tanpa cahaya yang meneranginya. dan di dalam dunia ini juga kita tidak mempunyai sesiapa melainkan diri kita sendiri. Kebahagiaan hidup kita bukan bergantung kepada kawan , tetapi juga bergantung kepada diri kita sendiri. Tapi kita perlulah bersyukur kerana di dalam kesyunyian yang kita alami , masih ade teman yang bisa memahami kita. bersyukurlah kawan-kawanku. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran persahabatan , begitu juga dia. Dia juga mempunyai perasaan seperti kita. kadang-kadang kita mesti terlupakan hal yang sedemikian. Kita hanya mementingkan diri sendiri apabila kita mula berkongsi cerita bersamanya. berilah peluang kepadanya , mungkin dia juga mempunyai pelbagai cerita yang kita tidak sempat utuk mendengarnya. berilah dia peluang. berilah..
dia mungkin sanggup mengorbankan masanya utuk mendengar segala rintihan kita, kesedihan kita, dan kegembiraan kita. dia rela melakukan apa-apapun utuk menjaga hati sahabatnya sendiri. tapi kenapa kita sendiri tidak sanggup meluangkan sedikit masa bersamanya walaupun sesaat ?? adakah anda terpikirkan hal itu ? memang benar kadang-kadang kita juga merasa hati dengan kata-katanya.. seperti diri aku sendiri , ntah mengapa aku masih tidak dapat meluangkan masa aku utuk dirinya, bosan rasa di hati. maaflah jika aku cakapkan ini membuat korang terasa. tapi benda ini adalah fakta yang perlu aku sampaikan. mungkin aku tidak sanggup untuk berdepan dengan korang semua , cukuplah sekadar coretan di blog ini sahaja :) 
aku hanya insan biasa , tiada kelebihan yang aku miliki. aku juga bukanlah seperti anak-anak datuk yang berada di luar sana yang memiliki kekayaan yang sememangnya jauh beza dengan aku. kadang kala terasa di hati ingin memiliki sesuatu dengan hasil titik peluh aku. tapi, apa yang mampu aku lakukan hanyalah terus berusaha.and aku masih tidak faham apa yang menjadi punca pergaduhan kita semua. masih tertanya-tanya di lubuk hati ini. apakah kata-kata aku membuatkan korang tak senang hati? atau adakah perlakuan aku yang membuatkan korang bencikan aku? yeah , aku masih tidak dapat mencari jawapannya . aku juga terfikir adakah di sebabkan aku menguriskan hati korang semua ? ntah la, aku sendiri tidak pasti. Biarlah apapun yang terjadi , apapun yang berlaku. aku perlu meneruskan hidup aku . hanya kata-kata maaf yang mampu aku ucapkan . aku mengharapkan kemaafan daripada korang semua. setiap manusia melakukan kesilapan dan begitu juga aku . jika Allah mampu memaafkan hambaNya , kenapa manusia tidak ? hmm.. aku hanya inginkan kedamaian , kedamaian yang sukar untuk aku menemuinya.. tapi kedamaian ini mungkin akan menjadi mudah kalau korang mampu menolong aku untuk mencarinya . sekian , terima kasih :)






p/s : coretan aku ini bukan lah main-main, sekadar dari luahan hati sendiri . harap korang dapat menerimanya :)

No comments:

Post a Comment